fbpx

Lebih 2 minggu Irdina Syifa tidak pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Irdina Syifa dilaporkan kali terakhir keluar dari rumahnya di Relau pada 12 April lalu.

GEORGE TOWN – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita berusia 22 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumahnya sejak lebih dua minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, Irdina Syifa yang berketinggian 160 sentimeter itu kali terakhir keluar dari rumahnya di Relau pada 12 April lalu.

“Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang terlihat atau mempunyai maklumat berkaitan individu berkenaan agar menghubungi Sarjan Wan Marhani Abdul Raman di nombor 013-9337026,” katanya di sini hari ini.

Di samping itu katanya, orang ramai juga boleh menghubungi Balai Polis Sungai Nibong ditalian: 04-6430222 atau balai berhampiran bagi menyalurkan maklumat berkaitan Orang Hilang (OH) terbabit. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI