fbpx

KKM rintis projek tenaga boleh diperbaharui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukanisman ketika berucap pada Persidangan Kemudahan Penjagaan Kesihatan Hijau 2025 dengan tema Dari Visi kepada Tindakan: Membentuk Masa Depan Persekitaran Hijau dan Sihat, hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) kini merintis projek tenaga boleh diperbaharui melalui Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) terpilih dalam kemudahan penjagaan kesihatan di Lembah Klang.

Timbalan Menterinya, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, projek rintis itu penting bagi menyokong integrasi bidang kesihatan dan dasar alam sekitar.

Beliau berkata, integrasi dalam dua bidang itu menjadi menjadi semakin penting dalam usaha mengiktiraf kemampanan sebagai asas tonggak kesihatan awam di negara ini.

“Sistem kesihatan yang mampan juga memerlukan inovasi berterusan dan pembiayaan pintar.

“Projek rintis itu melibatkan menubuhkan Pusat untuk Kecemerlangan Kejuruteraan Penjagaan Kesihatan, Penyelidikan dan Inovasi (BRAIN) dan mempromosikan alternatif terbiodegradasi yang menyokong ekonomi sekeliling.

“Inisiatif ini bukan tindakan kendiri tetapi pelaburan jangka panjang dalam daya tahan iklim, kecekapan sumber dan operasi penjagaan kesihatan yang mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Kemudahan Penjagaan Kesihatan Hijau 2025 dengan tema Dari Visi kepada Tindakan: Membentuk Masa Depan Persekitaran Hijau dan Sihat di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI