fbpx
MPAJ mengeluarkan kompuan terhadap aktiviti perniagaan tanpa permit di kawasan Taman Melawati.

‘Influencer’ berniaga tanpa permit di Taman Melawati dikenakan tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengambil tindakan terhadap aktiviti perniagaan tanpa permit yang dijalankan di kawasan Taman Melawati.

Difahamkan, tindakan diambil terhadap pihak terbabit yang dipercayai menjalankan perniagaan menggunakan kenderaan sehingga menyebabkan gangguan awam.

“Susulan itu, satu kompaun dikeluarkan mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil MPAJ 2007 bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk terjamin,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, MPAJ sentiasa menyokong inisiatif pembangunan usahawan tempatan sebagai pemacu ekonomi komuniti.

“Namun, kami amat berharap agar semua pihak dapat mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan demi menjaga keharmonian bersama.

“Satu sesi pertemuan telah diatur dengan pihak berkaitan untuk berbincang dan mencari penyelesaian yang terbaik agar situasi seumpama ini tidak berulang dan tidak menjejaskan ketenteraman awam,” jelasnya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai seorang pempengaruh yang dikatakan menjalankan perniagaan di sekitar kawasan Taman Melawati sehingga menganggu lalu lintas.

Rata-rata yang mengecam kegiatan tersebut turut merujuk kepada MPAJ untuk melakukan pemantauan di lokasi terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI