fbpx

Hampir semua negeri dijangka hujan lebat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda 13 negeri sehingga pukul 7 malam ini.

Menurut MetMalaysia, antara negeri terlibat adalah Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan dan Pekan).

“Cuaca buruk itu turut melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.

“Bagi Sarawak, melibatkan kawasan Sri Aman, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis), Miri dan Limbang,” kata MetMalaysia.

Amaran yang sama dikeluarkan di Sabah melibatkan daerah Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat.

“Labuan juga dijangka mengalami keadaan cuaca yang sama sehingga 7 malam nanti,” lapor MetMalaysia. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI