fbpx
PENYOKONG Liverpool menyalakan suar yang kemudiannya mengeluarkan asap berwarna biru. - AGENSI

EPL: Penyokong Everton ‘sabotaj’ keraian Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Penyokong Everton mendedahkan rancangan ‘jahat’ mereka ketika menggangu keraian penyokong Liverpool yang merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris selepas membenam cabaran Tottenham Hotspur 5-1 di Anfield awal pagi semalam.

Kejayaan itu disambut luar biasa oleh puluhan ribu penyokong The Reds di dalam dan luar Anfield dengan menyalakan suar yang menyaksikan Anfield di selubungi asap berwarna merah, namun ia sedikit terganggu apabila ada diantara penyokong yang menyalakan bahan tersebut, namun mengeluarkan asap berwarna biru yang merupakan warna rasmi The Toffees.

“Kawan saya menghantar mesej kepada saya . Dia membeli 10,000 suar berwarna biru dan menghabiskan masa selama empat minggu hanya untuk menanggalkan label biru dan menggantikannya kepada warna merah,” dedah seorang penyokong Everton.

Bagaimanapun, penyokong The Reds memberikan reaksi lucu dan positif apabila melihat rancangan penyokong pasukan seteru Merseyside itu berjaya dengan rancangannya.

“Ini adalah satu sejarah (suar biru ketika keraian Liverpool. Namun, The Reds sangat cemerlang.”

Taktik licik penyokong Evertonitu benar-benar menjadi apabila video yang dimuat naik di laman rasmi Liverpool memperlihatkan kepulan asap biru dari salah satu suar di tengah penyokong The Reds yang meraikan kejayaan.

Bagaimanapun, ia sama sekali tidak menjejaskan kemeriahan pesta berkenaan selepas Liverpool meraikan kemenangan kedua menjulang trofi berkenaan dalam tempoh lima tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI