fbpx

EPL: Liverpool noktahkan perebutan kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Liverpool meraikan kejayaan bergelar juara Liga Perdana Inggeris selepas tewaskan Tottenham Hotspur 5-1 pada aksi di Anfield, sebentar tadi. - AFP

 

LONDON – Liverpool memilih jalan yang lebih sempurna untuk menoktahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas membelasah Tottenham Hotspur 5-1 di Anfield, sebentar tadi.

Walaupun hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan kejuaraan, skuad kendalian Arne Slot seperti ‘dirasuk’ untuk menghadirkan cerita lebih bermakna buat penyokongnya.

Terdahulu, Tottenham Hotspur mengharungi tempoh 20 minit penuh derita di babak pertama selepas gawang mereka dirobek empat kali termasuk satu gol Liverpool yang dibatalkan kerana kesalahan offsaid.

Bagaimanapun Tottenham Hotspur memulakan perlawanan dengan langkah kanan apabila hanya memerlukan 12 minit untuk membuka jaringan menerusi Dominic Solanke namun selang empat minit selepas itu ia kembali disamakan oleh Luis Diaz.

Minit ke-20, gawang pelawat sekali lagi bocor namun agak bernasib baik kerana jaringan Cody Gakpo dibatalkan kerana Mohamed Salah yang muncul sebagai pencetus gerakan terlebih dulu dikesan berada di kedudukan offsaid.

Liverpool makin garang apabila menambah dua lagi gol dalam tempoh 10 minit, bermula dengan jaringan Alexis Mac Allister pada minit ke-24 sebelum Gakpo menebus kecewa untuk menghadiahkan jaringan ketiga, minit ke-34.

Liverpool hanya memerlukan 18 minit di babak kedua untuk menambah derita lawan, menyaksikan Salah berjaya melengkapkan gol ke 29 peribadinya dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Selang enam minit selepas itu, nasib malang pelawat berterusan apabila pertahanannya, Destiny Udogie tertampan bola ke gawang sendiri ketika usahanya menyekat pergerakan Salah.

Seterusnya, cerita perlawanan ini terus berkisar kepada Liverpool namun beberapa peluang terbaik yang dicipta selepas itu gagal disudahkan dengan jaringan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI