fbpx

EPL: Laluan Newcastle makin terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISAK (kanan) membuka tirai jaringan buat Newcastle menerusi sepakan penalti ketika membenam Ipswich pada aksi di St. James Park kelmarin. - AGENSI

NEWCASTLE – Newcastle United kembali melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Ipswich Town di St. James Park malam kelmarin.

Tiga gol menerusi Alexander Isak, Dan Burn dan William Osula memastikan The Magpies berada dalam laluan ke saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim depan dengan persaingan yang semakin sengit.

Pengurus Newcastle, Eddie Howe menganggap kemenangan itu cukup penting buat pasukannya memandangkan perbezaan mata tidak terlalu jauh dengan pasukan-pasukan yang berada di kedudukan bawah.

“Apabila saingan liga semakin hampir ke penghujung, masa sebenarnya sudah tidak banyak untuk mana-mana pasukan. Oleh itu, sangat penting untuk kami kembali ke kedudukan yang dimahukan.

“Anda semua boleh lihat betapa sengitnya perebutan untuk ke Liga Juara-Juara Eropah dan mereka bukan calang-calang pasukan. Bagi saya, kemenangan hari ini (kelmarin) sangat penting buat kami,” katanya.

Sementara itu, beliau mengakui tahap kesihatannya masih belum pulih 100 peratus selepas baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital selepas mengalami pneumonia sebelum ini sehingga terlepas beberapa perlawanan.

“Saya masih belum ada tenaga seperti biasa, jadi Jason Tindall (penolong pengurus) banyak mengambil tanggungjawab hari ini (kelmarin). Saya gembira kerana dapat kembali bersama pasukan,” ujar Howe. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI