fbpx

Djokovic akui semakin hampiri penghujung karier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC

MADRID – Jaguh tenis dunia, Novak Djokovic mengakui berdepan satu ‘realiti baharu’ dalam kariernya selepas sekali lagi tumbang awal apabila tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Madrid.

Pemain Serbia itu yang juga pemenang 24 gelaran Grand Slam tewas straight-set 3-6, 4-6 kepada pemain ranking ke-44 dunia dari Itali, Matteo Arnaldi.

Djokovic mengakui tahap permainannya ketika ini tidak berada pada prestasi terbaik dan menyifatkan kekalahan itu sebagai sesuatu yang perlu diterima dalam fasa baharu kerjayanya.

Ketika ditanya sama ada ini merupakan penampilan terakhirnya di Madrid, Djokovic mengakui dia akan mempertimbangkan langkah seterusnya terutama perjalanan kariernya.

“Saya tidak pasti sama ada akan kembali. Mungkin saya akan kembali, tetapi bukan sebagai pemain. Saya berharap tidak, tetapi ia kemungkinan yang perlu dipertimbangkan.

“Saya telah beberapa kali tewas di pusingan pertama tahun ini. Kini saya perlu menyesuaikan diri untuk berusaha memenangi satu atau dua perlawanan dan bukannya mengharapkan untuk mara jauh dalam kejohanan,” katanya.

Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut buat Djokovic selepas tersingkir awal di Monte Carlo dan tewas dalam final Miami Masters pada bulan lalu.

Kekalahan tersebut turut menyaksikan Djokovic, 37, yang memenangi kejohanan ini pada tahun 2011, 2016 dan 2019 turun ke tangga kelima dalam ranking dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI