PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Shahrul Aman Mohd Saari.
Anwar berkata, Allahyarham merupakan Setiausaha Agong kepada Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan pernah memimpin Bersih sekitar tahun 2018.
“Mendoakan rohnya diberi keampunan dan keluarganya diberi kekuatan setingginya saat ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Media melaporkan, Shahrul Aman yang pernah memangku jawatan Pengerusi Bersih meninggal dunia awal pagi ini di Institut Kanser Negara, Putrajaya.
Shahrul Aman memangku jawatan Pengerusi Bersih dari Mac hingga Okt 2018 selepas Maria Chin Abdullah melepaskan tugas itu. – KOSMO! ONLINE