fbpx

119 individu ditangkap dalam Op Mega Cantas Khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOOR Hisam menunjukkan individu yang ditahan dalam Op Mega Cantas Khas di seluruh Perak minggu lalu.

IPOH – Seramai 119 individu ditahan termasuk 14 warga asing dalam serbuan Op Mega Cantas Khas di negeri ini antara 21 hingga 26 April lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, tangkapan itu dibuat hasil serbuan yang dijalankan di 87 lokasi.

Katanya, suspek yang ditahan dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah membabitkan 13 kes jenayah kekerasan, 24 kes jenayah harta benda dan 50 lain-lain kesalahan.

“Daripada 119 individu yang ditangkap itu, 14 orang daripadanya ialah wanita. Warga asing yang ditahan melibatkan lima lelaki warga Pakistan, enam wanita Thailand dan seorang lelaki dari Taiwan, Myanmar dan India.

“Selain itu kita turut membuat pemeriksaan dan dokumentasi ke atas 1,180 individu termasuk tujuh warga asing,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI