fbpx

Mayat wanita warga emas dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa dijumpai dalam parit di Kampung Tunku, Jalan Astana di Petra Jaya.

KUCHING – Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam parit di Kampung Tunku, Jalan Astana di Petra Jaya di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mayat mangsa berusia 82 tahun itu dijumpai oleh orang awam sebelum memaklumkan kepada pihaknya kira-kira pukul 5.41 petang.

“Pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia. Mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ketua Balai Polis Gita, Asisten Superintendan Syed Zainal Abidin Syed Ali di talian 019-5131156 atau Balai Polis Gita 082-254417 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian bagi menjaga sensitiviti keluarga si mati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI