fbpx

Wanita dirasuk dalam komuter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang wanita dirasuk di dalam komuter. - Instagram

JAKARTA – Seorang penumpang mengundang perhatian ramai kerana berkelakuan aneh, dipercayai akibat dirasuk, ketika dia menaiki sebuah tren komuter di Indonesia, lapor portal berita Bisnis Update semalam. 

Kejadian berlaku di dalam tren KRL laluan Rangkasbitung-Tanah Abang baru-baru ini. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @jabodetabek24info menunjukkan wanita berbaju putih itu tiba-tiba menjerit dengan lirik kedua matanya menjeling ke atas. 

“Saya bukan ibu! Dia adalah anak yang masih kecil! Allahuakbar!” jerit wanita itu dalam video tersebut. 

Perubahan sikap wanita itu menyebabkan orang ramai terkejut, manakala beberapa penumpang wanita dan petugas cuba menenangkannya. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 125,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Kalau jumpa orang kena rasuk, jangan pandang matanya kerana ‘jin’ boleh masuk dalam badan anda,” kata seorang netizen. 

“Apalah jin, wanita itu mungkin penat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI