fbpx

Piala Raja Sepanyol: Tiga kad merah kecewakan Real Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAZQUEZ (kanan) antara salah seorang daripada tiga pemain Real yang dilayangkan kad merah menentang Barcelona. - AFP

SEVILLE – Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti mendakwa pasukannya tidak bernasib baik apabila tewas 2-3 kepada Barcelona pada aksi final Piala Raja Sepanyol di Estadio de la Cartuja awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, The Galacticos bangkit daripada ketinggalan 0-1 dengan menjaringkan gol menerusi Kylian Mbappe dan Aurelien Tchouameni untuk mengheret saingan ke masa tambahan.

Tuah tidak memihak mereka apabila Jules Kounde meledak gol kemenangan buat Barcelona pada masa tambahan dalam perlawanan yang turut dicemari dengan insiden kad merah terhadap tiga pemain Real, Antonio Rudiger, Lucas Vazquez dan Jude Bellingham.

Kata Ancelotti, pasukannya boleh menjulang trofi jika semua pemain kekal fokus dan tidak membiarkan pemain sayap Barcelona, Ferran Torres mengikat kedudukan 2-2 di penghujung babak kedua.

“Kami ada kelebihan untuk menang selepas bangkit tetapi mereka berjaya mengikat semula kedudukan untuk mengheret aksi ke masa tambahan.

“Pemain saya sudah cuba sepenuh tenaga tetapi nasib tidak menyebelahi kami apabila mereka mendapat gol kemenangan pada penghujung saingan,” katanya.

Mengulas lanjut, Ancelotti menyeru pasukan untuk kekal fokus pada baki saingan La Liga jika enggan menamatkan saingan musim ini tanpa sebarang trofi.

“Kami masih ada peluang untuk memintas Barcelona selaku pendahulu dan perlu berusaha sehingga perlawanan terakhir,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI