fbpx

Senarai cedera Man. United makin panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DALOT menjadi pemain terbaharu yang terpaksa menyertai bilik rawatan United dan mungkin terlepas aksi sehingga akhir musim ini. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim mengesahkan bahawa pasukannya bakal kehilangan pemain pertahanan kanan untuk tempoh sehingga musim ini berakhir.

Menjelang pertemuan menentang Bournemouth di Stadium Vitality malam ini, Amorim terpaksa mencari pengganti apabila Diogo Dalot mengalami masalah kecederaan betis dan terpaksa mengakhiri musim lebih awal.

Berdasarkan laporan awal pasukan perubatan, Dalot mungkin terpaksa berehat untuk tempoh beberapa minggu dan berbaki lima lagi perlawanan musim ini, pemain antarabangsa Portugal itu juga mungkin tidak sempat pulih untuk kembali beraksi.

“Terdapat kemungkinan dia tidak akan dapat beraksi sehingga musim berakhir, tetapi saya belum mendapat maklumat yang tepat. Kami akan memantaunya setiap minggu dan Dalot adalah pemain yang sentiasa bekerja keras, saya fikir dia akan cepat pulih.

“Dia merasai sesuatu yang tidak selesa di bahagian betis. Dalot antara pemain yang sentiasa diturunkan dalam perlawanan, apabila terlalu banyak minit permainan, risiko untuk mengalami kecederaan akan menjadi besar,” katanya.

Dalot menyertai Lisandro Martinez, Joshua Zirkzee, Amad Diallo, Matthijs De Ligt dan Ayden Heaven berada dalam senarai pemain United yang mengalami kecederaan ketika ini.

“Amad dan Matthijs semakin hampir untuk pulih, tetapi semua yang lain masih dalam proses. Ayden masih belum bersedia.

“Fokus ketika ini adalah apa yang kami perlu hadapi. Kami perlu ada perasaan bahawa setiap perlawanan adalah penting dan perlu memenanginya. Kami perlu menyiapkan pasukan terbaik walaupun berdepan masalah kecederaan ini,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI