fbpx

[VIDEO] ‘Ralit kita dengar, ingatkan sudah habis cerita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki yang bercerita dengan penuh bersemangat kepada rakan-rakannya.

PETALING JAYA – Seorang lelaki dilihat sedang melepak di sebuah kedai makan bersama rakan-rakannya sambil bercerita dengan penuh bersemangat mengenai filem ‘Blood Brothers’ yang kini ditayangkan di pawagam.

Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Abeyysemakasal, lelaki tersebut kelihatan begitu bersungguh-sungguh menyampaikan jalan cerita filem itu dengan gaya ekspresi, sambil rakan-rakannya tekun mendengar tanpa mengalih pandangan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat lelaki itu yang begitu bersungguh berkongsi cerita sehingga ada yang berseloroh merasakan tidak perlu lagi menonton filem berkenaan di pawagam.

“Ralit kita dengar, ingatkan sudah habis cerita,” komen @Mamafidaa.

“Tak jadi dah nak pergi tengok wayang sebab dengar abang cerita pun sudah cukup,” kata @Animruslan_.

“Hajat nak tengok minggu ini, tetapi lepas dengar sinopsis abang ini, malas dah. Dah faham cerita dia,” seloroh @Idacjseven. – KOSMO! ONLINE

@abeyysemakasalBlood Brothers punya pasal♬ bunyi asal – abeyy

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI