fbpx

Piala Malaysia: JDT puji Sri Pahang, anggap final paling sengit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain JDT meraikan trofi Piala Malaysia yang dimenangi malam tadi. - Foto IQBAL ROSLI/KOSMO!

PETALING JAYA – Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mengakui bukan mudah untuk menoktahkan kemenangan 2-1 ke atas Sri Pahang pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

“Sri Pahang berjaya memberi tentangan sengit, tetapi kami sebagai satu pasukan tetap bermain bersungguh-sungguh walaupun terlebih dulu ketinggalan. Kami tetap percaya yang jaringan akan hadir.

“Ini bukan soal saya saja, tetapi kerja keras kami sebagai satu pasukan untuk mendapatkan jaringan kedua. Kami sentiasa bekerja dan mencuba kerana kami mahu memenangi perlawanan ini,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Harimau Selatan, Bidoglio menjelaskan beliau tidak mampu meminta yang lebih baik daripada pemainnya kerana sedar semua orang sudah pun memainkan peranan masing-masing.

“Saya beritahu kepada pemain, kami hanya mahu menang di final dan pasukan kami berjaya bermain dengan baik serta menyerlahkan karakter untuk bergelar juara. Sudah pasti saya gembira dengan apa yang ditunjukkan oleh pemain.

“Sepanjang 15 ke 16 bulan, pemain sentiasa bermain dengan personaliti yang bagus. Saya tidak tahu apa akan berlaku (selepas ini), tetapi saya pasti JDT akan terus berkembang kerana JDT adalah kelab besar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI