fbpx
SAARANI (kiri) menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir ke sambutan Hari Raya anjuran syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) Perak di Ipoh, hari ini. - Foto FADZIL ZAINOL

Perak FC ‘berkubur’, tiada lagi talian hayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – ‘Nyawa’ Perak FC boleh dikatakan sudah sampai ke penghujung apabila talian hayat terakhir, iaitu kerajaan negeri memutuskan tidak mampu membantu pasukan tersebut.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau memahami keputusan pemilik pasukan sekiranya tidak meneruskan Perak FC dalam saingan liga tempatan kerana tanggungan kos yang tinggi.

Jelasnya, kos menanggung sebuah pasukan bola sepak profesional di Malaysia terlampau mahal yang tidak mampu ditanggung oleh kerajaan negeri.

“Malaysia ini bukan macam England. Harga tiket rendah (di Malaysia), orang yang datang ke stadium pun kurang.

“Tetapi bayaran kepada pemain-pemain profesional itu mahal. Tidak tertanggung oleh kelab, negeri pun tidak mampu menanggung. Sebab itu saya sangat faham apabila Perak FC buat keputusan untuk tidak teruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa majlis sambutan Hari Raya anjuran syarikat milik kerajaan (GLC) Perak di sini hari ini apabila ditanya tentang laporan bahawa Perak FC yang tidak lagi akan meneruskan saingan dalam Liga Super.

Perkembangan itu mengundang pelbagai reaksi dan rata-rata penyokong meletakkan harapan supaya kerajaan negeri masuk campur membantu pasukan tersebut.

Jelasnya, permainan bola sepak profesional di Malaysia terlampu mahal yang bukan sahaja menjejaskan Perak FC, malah turut dirasai oleh beberapa pasukan lain seperti Sri Pahang FC, Kedah Darul Aman FC dan Perlis.

Ditanya mengenai sama ada kerajaan negeri akan membantu tunggakan gaji pemain Perak FC, Saarani berkata tidak dapat berbuat demikian.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI