VANCOUVER, Kanada – Sebilangan mangsa terbunuh selepas seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh orang ramai yang menghadiri sebuah festival jalanan di bandar Vancouver, kata polis tempatan.
“Sebilangan mangsa terbunuh dan ramai lagi cedera. Pemandu terbabit kini dalam tahanan,” kata polis Vancouver dalam satu kenyataan di laman X.
Insiden itu berlaku ketika komuniti Filipina di Vancouver berkumpul untuk meraikan Hari Lapu Lapu, kata Datuk Bandar Vancouver Ken Sim di laman X.
Perayaan tersebut bertujuan memperingati seorang pemimpin Filipina yang menentang penjajah pada abad ke-16.
“Kami berkongsi kesedihan dengan semua mereka yang terjejas dan komuniti Filipina Vancouver pada masa sangat sukar ini,” tambah Sim.
Polis berkata, kejadian itu berlaku sejurus selepas pukul 8 malam semalam di kejiranan Fraser. – AFP