fbpx

[KEMASKINI] Ibu, anak saudara ditemui maut disyaki meninggal lebih seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Mayat wanita dan anak saudaranya yang ditemukan dalam sebuah rumah di Semenyih, di sini, dipercayai telah meninggal dunia selama lebih tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, ia berdasarkan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat kedua-dua mangsa di Hospital Serdang semalam.

Katanya, meskipun tidak dapat ditentukan secara tepat melalui pendapat pakar, namun analisis kimia mendapati tempoh kematian mungkin melebihi tujuh hari.

“Tidak dapat ditentukan dengan tepat melalui pendapat pakar, namun ‘maggots’ (ulat) dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis.

“Kemungkinan mangsa sudah meninggal dunia lebih tujuh hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Naazron, setakat ini seramai lima saksi dirakam percakapan melibatkan jiran dan ahli keluarga mangsa.

“Ada lagi beberapa saksi dipanggil dan akan hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan kes kematian dua sekeluarga itu,” katanya.

Setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan mayat mangsa masih belum diserah kepada keluarga.

Sebelum ini Kosmo! Online melaporkan bau busuk dari sebuah rumah di Semenyih membongkar penemuan dua mayat dipercayai menjadi mangsa bunuh malam kelmarin.

Polis menerima laporan kira-kira pukul 8.43 malam daripada lelaki berusia 48 tahun yang jua adik mangsa.

Pengadu mengesyaki bau busuk mencurigakan selain mendapati kakaknya berusia 53 tahun yang tinggal bersama anak saudara lelaki berusia 25 tahun tidak kelihatan hampir 10 hari di kawasan rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI