fbpx

‘Jangan jadikan kisah hidup kalian episod Gerak Khas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMELUT antara pelakon Abby Abadi dengan anak menantunya yang ‘merebak’ hingga mengungkit kisah hidup lampau ketika bersama bekas suami, Norman Hakim semakin hebat diperdebatkan netizen.

Membongkar satu persatu kisah dalam kain terutama berkaitan isu nafkah tertunggak, kini bagai ada dua kem yang memilih untuk berada di belakang  Abby atau Norman.

Ditengah-tengah kepanasan kenyataan demi kenyataan diluahkan ibu kepada enam anak itu dalam media sosial, penceramah bebas PU Syed tampil memberikan teguran.

Katanya yang sememang lantang bersuara, Abby Abadi didakwa  membuat pelbagai pendedahan mengenai aib bekas suaminya yang seharusnya disimpan rapi.

PU Syed menerusi hantaran dalam Instagram menyifatkan perang antara kedua-dua bekas pelakon drama Gerak Khas menyebabkan aib mereka berdua semakin terdedah.  

“Saya nasihatkan cukup-cukuplah. Jangan jadikan kisah hidup kalian seperti episod drama Gerak Khas yang panjang berjela-jela tu,” tulisnya dalam Instagram.

DIVA: Isteri Norman, Memey pula jadi sasaran serangan netizen.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI