fbpx

EPL: Manchester United hampir ‘diaibkan’ Bournemouth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rasmus Hojlund meraikan gol penyamaan yang dilakukan ke atas Bournemouth sebentar tadi. - Foto ihsan Facebook Manchester United

LONDON – Pasukan Manchester United mempamerkan kebangkitan dramatik untuk meraih keputusan seri 1-1 ketika bertemu Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad The Red Devils kendalian Ruben Amorim membariskan kesebelasan terbaik dengan Rasmus Hojlund, Alejandro Garnacho dan Bruno Fernandes mengetuai jentera serangan.

United terlebih dahulu menguji gawang pasukan tuan rumah apabila pemain tengah, Kobbie Mainoo melakukan gerakan lincah sebelum melepaskan rembatan yang berjaya diselamatkan penjaga gol The Cherries, Kepa Arrizabalaga.

Namun, nasib memihak kepada skuad bimbingan Andoni Iraola itu untuk meraih gol pertama hasil penyudah Antoine Semenyo pada minit ke-23 selepas menerima hantaran Evanilson.

Tersentak dengan gol tersebut, United perkemaskan jentera serangan dan hampir menyamakan kedudukan tetapi penyudah Garnacho diselamatkan oleh Kepa sekali lagi pada situasi satu lawan satu.

Bersambung pada babak kedua, tuah memihak kepada United apabila Bournemouth terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Evanilson dilayangkan kad merah susulan daripada semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Kelebihan tersebut digunakan sebaiknya oleh pelawat untuk melakukan asakan bertali arus ke kubu lawan.

Gol penyamaan yang dicari tiba pada masa kecederaan hasil rembatan Hojlund selepas menerima hantaran Manuel Ugarte dengan kedudukan 1-1 kekal hingga wisel penamat.

Keputusan tersebut menyaksikan United kini meraih 39 mata manakala Bournemouth mengutip 50 mata selepas mengharungi 34 perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI