fbpx

Aplikasi Kongsi bantu usahawan tempatan tembusi pasaran ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz (tiga dari kanan) ketika melancarkan aplikasi tersebut.

PETALING JAYA – Pembangunan aplikasi e-dagang yang dikenali sebagai ‘Kongsi’ bakal membuka peluang kepada usahawan dan peniaga tempatan untuk memasarkan produk mereka sehingga ke peringkat antarabangsa.

Ini kerana kata Pengerusi Pertubuhan Kesatuan Organisasi Nasional Gabungan Saudagar Intelek SeMalaysia (SAUDAGAR), Datuk Abdul Aziz Abdul Majid, aplikasi itu akan turut dikongsi di beberapa buah negara termasuk Thailand, Singapura, Indonesia serta Jepun.

Lebih menarik katanya, aplikasi yang akan dilancarkan dalam tempoh enam bulan itu turut dilengkapi kemudahan ChatGPT sekali gus menjadikan satu-satunya platform e-dagang yang mempunyai ciri-ciri tersebut.

“Sebagai permulaaan, kita menyasarkan kira-kira 200,000 pengguna yang akan memanfaatkan aplikasi ini selepas ia dilancarkan kira-kira enam bulan dari sekarang.

“Ketika ini, aplikasi ini sedang dibangunkan dan akan melalui tempoh percubaan. Selepas siap sepenuhnya, saya yakin aplikasi ini akan digunakan bukan sahaja di Malaysia, malah ke beberapa buah negara lain.

“Ini kerana kita mendapat kerjasama baik dengan beberapa persatuan peniaga di negara terbabit yang turut menjadi sekretariat dalam aplikasi ini,”katanya pada majlis pelancaran aplikasi itu baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, aplikasi itu juga turut disokong lebih 13,000 ribu ahli berdaftar dengan SAUDAGAR serta puluhan rakan niaga di rantau ASEAN,.

“Kita yakin aplikasi ini mampu bersaing dengan aplikasi e-dagang lain dalam tempoh beberapa tahun akan datang,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI