fbpx

Agong zahir ucapan Selamat Hari TLDM ke-91

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91 daripada Yang di-Pertuan Agong. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-91.

Dalam hantaran di akaun rasmi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan Hari TLDM kepada para veteran serta mereka yang pernah menabur bakti dalam perkhidmatan pasukan berkenaan.

Seri Paduka Baginda sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merakamkan setinggi penghargaan di atas jasa, bakti dan pergorbanan dicurahkan seluruh warga dan veteran TLDM dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

“Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda.

Sempena sambutan bertemakan Bertemakan “TLDM Perkasa Kedaulatan Terpelihara”, Seri Paduka Baginda turut mendoakan TLDM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani di pentas antarabangsa.

Sambutan Hari TLDM ke-91 berlangsung di Pangkalan TLDM Lumut, Perak hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI