TAPAH – Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning setakat pukul 8 malam ini menunjukkan calon Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 4,751 undi.
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Dr. Mohamad Yusri Bakir mendapat sebanyak 10,354 undi disusuli calon Perikatan Nasional (PN), Abd. Muhaimin Malek (5,603 undi) sementara calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendapat 1,004 undi.
Ia melibatkan 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM). – KOSMO! ONLINE