fbpx

Sembunyi dalam almari, menyamar jadi pelanggan elak ditahan imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI dicekup JIM Selangor dalam serbuan di dua kelab malam sekitar Puchong, malam tadi.

PETALING JAYA – Bersembunyi dalam almari serta berpura-pura menjadi pelanggan.

Itu antara helah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berjaya digagalkan selepas ditangkap dalam satu serbuan di dua kelab malam sekitar Puchong, malam tadi.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata serbuan menerusi Ops Selera dan Ops Gegar yang bermula pukul 6 petang itu melibatkan seramai 18 pegawai.

Beliau berkata, operasi itu berjaya menahan 23 PATI termasuk tiga wanita yang kesemuanya berusia 22 hingga 44 tahun.

Ujarnya, seramai 37 diperiksa sebelum menahan 16 warga Myanmar, empat warga Bangladesh, seorang warga Thailand, seorang warga Morocco dan seorang warga Vietnam.

“Kebanyakan PATI ditahan bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO) dan pelayan telah bekerja lebih enam bulan.

“Ketika serbuan dibuat, ada cubaan meloloskan diri serta bersembunyi dalam almari serta berpura-pura jadi pelanggan untuk elak dicekup,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Khairrul Aminus, PATI yang ditahan memasuki negara melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur dan Bukit Kayu Hitam sebelum diberikan tempat tinggal oleh ejen.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua PATI dihantar ke Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI