PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Perak hingga pukul 1 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat dijangka melanda di empat daerah di negeri tersebut.
“Amaran cuaca buruk tersebut dikeluarkan di Perak melibatkan beberapa daerah termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama,” katanya.- KOSMO! ONLINE