fbpx

Remaja maut nahas gara-gara babi hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah MPV dan motosikal yang terlibat dalam kemalangan semasa mengelak babi hutan melintas di Jalan Sungai Tiram, Bandar Tiram, Johor Bahru pagi tadi.

JOHOR BAHRU – Gara-gara mengelak babi hutan melintas jalan, seorang remaja maut manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Sungai Tiram, Bandar Tiram, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kemalangan pada pukul 3.30 pagi itu melibatkan sebuah Toyota Avanza dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun dari arah Jalan Sungai Tiram menghala ke Bandar Tiram.

“Sampai di tempat kejadian, tiba-tiba muncul seekor babi hutan liar melintas menyebabkan pemandu tersebut terkejut dan mengelak ke kanan jalan hingga masuk lorong bertentangan.

“Tindakan pemandu itu telah melanggar sebuah motosikal jenis Demak EX 90 dinaiki dua mangsa yang masing-masing berusia 15 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut penunggang motosikal mengalami cedera parah dan dibawa ambulan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

“Pembonceng motosikal itu pula mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Toyota Avanza tidak cedera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI