KUALA LUMPUR – Kemeriahan final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil dicemari oleh insiden pergaduhan membabitkan dua kumpulan penyokong.
Insiden itu berlaku kira-kira jam 7.10 malam, kurang dua jam sebelum sepak mula perlawanan dan ia berlaku di hadapan Axiana Arena.
Selain adegan ‘kungfu’ tumbuk-menumbuk, sepak terajang, pergaduhan itu turut membabitkan balingan objek seperti kon, suar dan botol.
Bagaimanapun tiada kejadian lebih buruk berlaku selepas pihak berkuasa pantas bertindak meleraikan pergaduhan.
Sepak mula perlawanan akhir dijadualkan berlangsung pada jam 9 malam ini. – KOSMO! ONLINE