KUALA LUMPUR – Saingan final Piala Malaysia 2025 dikritik hebat oleh peminat bola sepak tanah air yang mempersoalkan kredibiliti pengadil, Razlan Joffri Ali
Razlan telah melayangkan dua kad kuning pada separuh masa pertama ke atas pemain Tok Gajah, Sergio Aguero sehingga menyaksikan pemain naturalisasi itu diarahkan keluar padang pada minit ke-35.
Lebih malang, Razlan turut menghadiahkan sepakan penalti buat JDT pada awal babak kedua selepas meneliti sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).
Keputusan tersebut menaikkan semangat JDT untuk menyamakan kedudukan hasil penyudah Bergson da Silva.
Razlan turut melayangkan kad kuning kedua buat pertahanan JDT, Park Jun-heong selepas melakukan kekasaran pada minit ke-57.
Sebagai rekod, Razlan pernah dijatuhkan hukuman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada tahun lalu apabila direhatkan pada aksi Liga Super antara JDT dan Perak. – KOSMO! ONLINE