fbpx

Jemaah diminta jaga kesihatan, patuh peraturan haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADINAH – Pihak Tabung Haji (TH) meminta jemaah Malaysia untuk menjaga kesihatan masing-masing selain mengikuti peraturan musim haji tahun ini yang ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi.

Naib Konsul Haji merangkap Pengarah Operasi TH Madinah, Affandi Abdullah berkata, pihaknya berharap para jemaah negara mengikuti peraturan sedia ada yang telah ditetapkan pihak Arab Saudi.

“Pihak berkuasa tempatan telah menetapkan peraturan-peraturan tertentu ketika berada di bangunan penginapan dan sebagainya.

“Mudah-mudahan para jemaah haji telah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk menunaikan ibadah pada tahun ini. Insya-Allah petugas haji Malaysia di Tanah Suci juga telah bersiap sedia menyantuni dhuyufurrahman,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Dalam pada itu, katanya, melihat kepada keadaan cuaca panas pada musim haji tahun ini para jemaah diminta untuk menjaga kesihatan masing-masing ketika di Tanah Suci.

“Cuaca di sini panas dan kering jadi jagalah kesihatan, minum air secukupnya ketika berada di sini. Cuaca dijangka akan lebih panas sepanjang musim haji kali ini sehingga boleh mencecah 50 darjah Celsius,” katanya.

Selain itu, ujarnya, bagi memastikan keselesaan serta memudahkan jemaah haji berhubung di Tanah Suci, TH juga menyediakan kad prabayar mudah alih STC.

“Para jemaah mungkin perlu berbelanja sedikit namun sedikit sebanyak ia dapat membantu perhubungan komunikasi para jemaah.

“Kad prabayar ini adalah apa yang kita sediakan untuk petugas, juga kita akan sediakan kepada jemaah,” tambahnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI