fbpx

Hannah harap aksi Piala Malaysia lancar, aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah (tengah, tiga dari kanan) merasmikan 1st Penang Rowing Beach Sprint Coastal Championships 2025 di Tanjung Bungah, hari ini.

GEORGE TOWN – Perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil diharap berjalan lancar dan penuh semangat kesukanan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah membuat persiapan rapi bersama pelbagai agensi berkaitan termasuk pihak polis, bagi memastikan kelancaran serta keselamatan acara berprestij itu.

“Piala Malaysia memang sentiasa dinanti-nantikan dan saya percaya peminat bola sepak sudah cukup faham dengan suasana pertandingan seperti ini.

“Harapan saya semuanya akan berjalan lancar dan aman,” katanya selepas merasmikan 1st Penang Rowing Beach Sprint Coastal Championships 2025 di Tanjung Bunga di sini hari ini.

Hannah berkata, fasiliti di Stadium Nasional Bukit Jalil telah bersedia sepenuhnya untuk menerima kehadiran ribuan penyokong dari seluruh negara. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI