fbpx

DBKL tutup empat buah premis persundalan sekitar ibu kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DBKL melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas empat buah premis yang menawarkan perkhidmatan seks di kawasan Petaling, Parlimen Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas empat buah premis yang menawarkan perkhidmatan seks di kawasan Petaling, Parlimen Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

DBKL menerusi satu kenyataan berkata, tindakan dijalankan berdasarkan pemantauan dan risikan yang dijalankan di sekitar lokasi selama beberapa hari.

“Hasil daripada risikan, sebanyak empat buah premis telah dikenal pasti menjalankan aktiviti persundalan.

“Pihak kami juga merobohkan struktur dalaman yang didirikan untuk dijadikan bilik khas supaya aktiviti ini dapat dilakukan,” katanya.

Semua premis yang terlibat telah ditutup serta-merta di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Dalam tindakan penguatkuasaan sama, DBKL juga mengeluarkan empat notis tawaran kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.

DBKL turut merampas semua barangan yang digunakan bagi aktiviti persundalan.

“Semua barangan yang dikenakan tindakan sita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” ulas DBKL dalam kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI