fbpx

Chelsea berisiko terlepas slot UCL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDEZ (kanan) menggesa rakan sepasukannya mencatat kemenangan ke atas Everton malam ini. - AFP

LONDON – Chelsea berada dalam situasi terdesak untuk mengekalkan pasukan dalam perebutan slot yang layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Selepas mencipta kebangkitan hebat menumpaskan Fulham 2-1 pada Ahad lalu, The Blues wajib memanfaatkan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge bertemu Everton malam ini.

Dua bintang utamanya, Enzo Fernandez dan Marc Cucurella menaruh harapan rentak positif mampu dikekalkan pada aksi dengan Everton memandangkan The Blues kini sedang bersaing hebat dengan Manchester City, Nottingham Forest, Newcastle United dan Aston Villa.

“Adalah penting untuk kami mengekalkan dinamik kerana kami tahu betapa pentignya aksi kali ini di depan penyokong sendiri. Kemenangan ke atas Fulham memberikan momentum dan keyakinan kepada kami.

“Kami sedang melakukan persiapan untuk tampil aksi terbaik di gelanggang sendiri dan cuba memenangi perlawanan,” kata Fernandez.

Cucurella juga senada dengan Fernandez dan menganggap mereka kini ada keyakinan tinggi untuk menamatkan kempen kali ini dalam kelompok lima teratas sekali gus menyambar tiket ke UCL musim depan.

“Memang benar kami berdepan aksi tidak konsisten tetapi semuanya bergantung kepada kami. Jika kami mampu menang dalam baki saingan, sudah pasti kami akan berada dalam kelompok itu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI