fbpx

Barcelona yakin tamat kemarau Piala Raja Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Barcelona menjalani latihan menjelang aksi final Piala Raja Sepanyol menentang Real awal pagi esok. - AFP

BARCELONA – Barcelona terdesak untuk menamatkan kemarau empat tahun menjulang trofi Piala Raja Sepanyol menjelang pertemuan El Clasico menentang seteru tradisi, Real Madrid dalam aksi final di Estadio de La Cartuja, Seville awal pagi esok.

Pengendali The Catalans, Hansi Flick mengakui perlawanan menentang Real di pentas final umpama aksi buku bertemu ruas dan mana-mana pasukan berpotensi untuk bergelar juara.

“Saya rasa ini adalah final impian buat peminat bola sepak kerana Barcelona dan Real sentiasa bertemu di pentas final. Kami akan berdepan mereka dua kali sebelum musim ini berakhir termasuk aksi La Liga bulan depan.

“Saya jangkakan perlawanan yang sukar tetapi kami ada ramuan untuk memastikan pasukan menamatkan badi sekali gus mencerahkan peluang untuk bergelar juara (trebel) musim ini,” katanya.

Sementara itu, Flick turut mendedahkan beliau sudah mempunyai strategi untuk menurunkan kesebelasan terbaik meskipun tanpa kehadiran beberapa pemain utama termasuk Robert Lewandowski dan Alejandro Balde yang mengalami kecederaan.

“Saya faham ada beberapa pemain yang kecewa apabila jarang diturunkan pada saingan musim ini tetapi mereka masih lagi menjadi sebahagian daripada pasukan,” katanya.

Sebagai rekod, kali terakhir The Catalans menjuarai trofi Piala Raja Sepanyol adalah pada edisi 2021 ketika dikendalikan Ronald Koeman dengan menewaskan Athletic Bilbao 4-0 di pentas final. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI