fbpx

Abby Abadi, Norman dah berbaik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Berhari-hari melemparkan kemarahan dan kekecewaan, penyanyi juga pelakon, Abby Abadi hari ini dilihat sudah bertemu dan menjernihkan hubungan dengan bekas suaminya, Norman Hakim.

Pertemuan tersebut dikongsikan Norman menerusi sebuah video dalam Instagram.

Selain Norman, isterinya Memey Suhaiza turut kelihatan dalam video tersebut dan memeluk Abby.

“Tom love Jerry”, tulis Norman di bahagian kapsyen hantaran tersebut.

Disebabkan video tersebut, ada segelintir netizen yang mendakwa Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, sengaja mencipta publisiti.

Kelihatan anak sulung Abby dan Norman iaitu Danish Hakim turut meninggalkan komen pada hantaran tersebut.

“Ibu-ibu, bapa-bapa saya semua orang baik. Saya anak mereka, saya tahu la,” tulisnya.

Terdahulu, Abby mencuri perhatian ramai selepas mendedahkan dia pernah dipukul oleh Norman sewaktu mereka masih menjadi pasangan suami isteri.

Pendedahan tersebut dibuat selepas Abby tidak berpuas hati dengan kakak Norman dan anak buahnya yang mendakwa dia pernah dibayar berjuta oleh bekas suaminya.

Menurut Abby dia tidak pernah dibayar sebanyak itu dan m asih lagi menuntut nafkah tertunggak sejak bercerai 17 tahun lalu. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI