fbpx

87 pelajar cemerlang Orang Asli dapat laluan khas, pembiayaan penuh Mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi.

PETALING JAYA – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menyediakan laluan khas untuk 87 pelajar Orang Asli yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dengan pembiayaan penuh ke Institusi Pendidikan Mara.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelajar yang mendapat 5A ke atas diberi laluan khas dengan pembiayaan penuh termasuk ke Kolej Profesional Mara, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Institut Kemahiran Mara, UPTM dan UniKL.

“Bagi pelajar-pelajar yang mendapat 9A pula akan ditawarkan untuk ke universiti-universiti terkemuka dalam bahkan ke luar negara di bawah program Young Talent Development (YTP),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, Mara akan mengadakan satu program khas dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli untuk menghimpunkan semua 87 pelajar terbabit

Kata beliau, ia bagi memastikan mereka mendapat pendedahan dan maklumat secukupnya mengenai peluang-peluang pengajian di peringkat tertinggi seiring dengan minat dan potensi mereka.

“Mudah-mudahan dengan ilmu dan kemahiran yang diperolehi kelak dapat dimanfaatkan untuk mereka kembali menyumbang kepada kebangunan masyarakat Orang Asli,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI