fbpx

Tonik terbaik hadapi final Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF AIMAN turut dinobatkan sebagai pemain tengah terbaik dan gol terbaik selain merangkul anugerah MVP buat kali keempat berturut-turut.

KEJAYAAN menggondol anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) melonjakkan lagi semangat Arif Aiman Hanapi untuk membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang aksi final Piala Malaysia malam esok.

Sebagai rekod, Arif Aiman menepati ramalan apabila dilabel MVP Liga Malaysia buat tahun keempat berturut-turut pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) sekali gus memecahkan rekod hatrik sebelum ini.

Menurut Arif Aiman, pengiktirafan yang diraih bukanlah medan untuk mendabik dada sebaliknya mahu bekerja keras untuk terus kekal bersama Harimau Selatan pada masa akan datang.

“Saya ingin teruskan sampailah saya mencapai ke tahap yang saya inginkan. Apabila bercakap mengenai cabaran itu, bukanlah kita mahu katakan yang lain di luar itu bagus atau tidak bagus.

“Tetapi, cabaran saya di dalam Malaysia atau di JDT amat susah. Sebenarnya impian saya adalah mahu kekal di JDT dan saya tahu bukan senang untuk saya kekal di JDT selamanya. Jadi, saya perlu bekerja keras.

“Sebagai pemain, saya tahu betapa sukarnya kelab di luar hendak mencari pemain di dalam Malaysia dan saya tak rasa akan ada (pasukan) untuk cari pemain di sini. Saya rasa saya akan tetap di JDT sampai bila-bila,” kata Arif selepas berakhir ABK kelmarin.

Arif Aiman yang berusia 23 tahun berjaya memecahkan rekod yang disandang dirinya bersama Norshahrul Idlan Talaha yang meraih gelaran hatrik MVP pada edisi 2010 hingga 2012.

JDT kini memburu hatrik quadruple saingan Liga M apabila turut mendominasi Piala Cabaran, Piala FA dan Liga Super musim ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI