fbpx

Sampai bila nak ada tabungan, bang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – “Gaji RM3,000, menabung RM1,000 sebulan rasa berat amat tapi bayar ansuran hutang , sebulan rasa normal. Mengapa ini berlaku?.”

Itu persoalan yang diajukan Pakar kewangan dan hartanah, Dr. Azizul Azli Ahmad berkisar topik pengurusan kewangan.

Jelas beliau, keadaan itu disebut ‘present bias’, iaitu keadaan otak kita cenderung merasakan kepuasan segera lebih penting dari manfaat jangka panjang.

“Ada dua alasan utama, ‘instant gratification’. Otak kita tak suka menabung kerana hasilnya lambat. Sedangkan ambil barang dulu, bayar kemudian kita lebih awal menikmati kepuasannya.

“Pemikiran ‘accounting’ (perakaunan) yang keliru. Membayar ansuran kita sedang gunakan duit masa depan, ‘bayar guna duit gaji bulan depan’, tak rasa terbeban. Sedangkan menabung ‘guna duit bulan ini untuk disimpan’,” katanya.

Menurut beliau, penyelesaian bagi situasi tersebut adalah dengan membetulkan cara berfikir.

Beliau berkata, anggaplah menabung untuk membeli kebebasan masa depan, manakala dengan berhutang, kita sedang menjual kebebasan masa depan.

“Auto debit simpanan, agar kita tak terasa duit dipotong untuk simpanan ASB (Amanah Saham Bumiputera) atau TH (Tabung Haji) kita. Kita kurang rasa ‘sakit menabung’.

“Jangan amalkan habis hutang lama, buat hutang baru pula. Hutang kereta Honda baru habis, nak buat hutang kereta EV (kenderaan elektrik) pula. Sampai bila nak ada tabungan bang?,” tambahnya. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI