fbpx

PRK Ayer Kuning: 50 ahli, penyokong Bersatu sertai UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 50 ahli Bersatu yang menyertai UMNO di PDM Simpang Tiga, Bidor semalam.

TAPAH – Seramai 50 ahli dan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO.

Mereka menyerahkan borang keahlian baharu UMNO kepada Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tapah, Khairul Azmi Ghazali di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Simpang Tiga, Bidor di sini semalam.

Bekas Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Cawangan Simpang Tiga, Adham Iskandar Ismail, 49, berkata, keputusan tersebut dibuat atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Katanya, mereka mengambil keputusan itu setelah melihat Bersatu semakin hilang prinsip perjuangan asal selain tidak mengambil berat kebajikan belia.

“Sebelum ini saya tersalah lorong, sepatutnya saya perlu bersama dengan kerajaan untuk menaikkan anak-anak muda di kawasan ini.

“Mereka nampak macam terlalu kosong, ke sana ke sini tiada sesiapa yang beri panduan dan apabila minta bantuan kita tak dapat nak bagi, jadi susahlah,” katanya ketika ditemui di PDM Simpang Tiga, di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI