fbpx

Port dadah diserbu, 18 ‘kaki khayal’ dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara suspek yang ditahan dalam Ops Sarang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor. Foto Facebook Polis Selangor.

PETALING JAYA – Seramai 18 lelaki ‘kaki khayal’ ditahan dalam serbuan ‘Ops Sarang’ di beberapa lokasi sekitar daerah Kajang Rabu lalu.

Polis Selangor dalam satu hantaran di Facebook berkata, daripada jumlah itu, seramai 17 orang merupakan rakyat tempatan manakala seorang lagi warga asing dengan kesemuanya berusia antara 31 hingga 62 tahun.

“Operasi ini menyasarkan beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sebagai sarang pengedar dan penagih dadah.

“Dalam serbuan itu dua orang disyaki tokan dadah turut ditahan. Hasil urin dijalankan mendapati positif dadah,” katanya.

Dalam serbuan sama, polis turut merampas dadah jenis Heroin seberat 2.91 gram dengan nilai anggaran RM72.80.

Kesemua individu yang ditahan kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan lima daripadanya merupakan individu yang dikehendaki pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI