fbpx

PN desak pihak berwajib dedah keputusan ujian makmal air Sungai Bidor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IDRIS (dua dari kanan) menunjukkan sampel air Sungai Bidor yang tercemar kerana sebuah ladang ternakan babi pada Sidang Media Harian PN sempena PRK DUN Ayer Kuning di Bidor, Tapah hari ini.

TAPAH – Perikatan Nasional (PN) meminta pihak berwajib mendedahkan ujian makmal air Sungai Bidor yang dakwa gabungan parti itu telah tercemar oleh sisa najis babi di sebuah ladang ternakan haiwan itu di Kampung Poh.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, pihaknya telah melaksanakan dua ujian di makmal swasta berdaftar berbeza.

“Ujian yang telah dilakukan adalah Keperluan Oksigen Kimiahayat (BOD) dan Keperluan Oksigen Kimia (COD).

“Sampel menunjukkan air Sungai Bidor telah tercemar akibat pelepasan najis daripada ladang babi tersebut,” katanya pada Sidang Media Harian PN sempena PRK DUN Ayer Kuning di sini hari ini.

Media melaporkan baru-baru ini, PN menggesa kerajaan negeri menyiasat dan mengambil tindakan terhadap sebuah ladang ternakan babi yang didakwa membuang sisa najis haiwan itu ke Sungai Bidor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI