fbpx

MotoGP: Tekad Pecco tawan Litar Jerez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PECCO memiliki pencapaian yang baik setiap kali beraksi di Jerez dan mengharapkan situasi yang sama musim ini. - AFP

JEREZ, Sepanyol – Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia bertekad untuk menjadikan Grand Prix (GP) Sepanyol pada hujung minggu ini sebagai pentas kebangkitan.

Juara dunia dua kali itu berdepan cabaran hebat terutama menerusi rakan sepasukannya yang baharu iaitu Marc Marquez yang ini mendahului carta kedudukan teratas MotoGP.

Bagnaia yang berada di kedudukan ketiga keseluruhan selepas empat pusingan, di belakang Alex Márquez yakin Litar Jerez mampu menjadi detik kebangkitkannya.

Bagnaia yang mesra disapa Pecco yakin prestasi cemerlangnya di Litar Jerez akan memberikannya kelebihan memandangkan dia tidak pernah ditewaskan di litar itu dalam tiga musim terakhir.

“GP Sepanyol di Jerez sentiasa istimewa buat saya. Kami sering mencatat keputusan terbaik di sini sejak beberapa musim lalu dan saya yakin kami mampu melakukannya sekali lagi,” kata Pecco.

Musim 2025 menyaksikan permulaan yang tidak begitu meyakinkan buat Bagnaia, yang hanya meraih satu kemenangan di Amerika Syarikat, itu pun selepas Marquez terbabas ketika mendahului perlumbaan.

Walaupun begitu, pelumba Itali itu mengambil semangat prestasinya di Qatar baru-baru ini apabila dia berjaya menaiki podium biarpun bermula daripada sesi kelayakan yang mengecewakan.

“Kami bekerja keras di Qatar dan berjaya mendapatkan keputusan terbaik dalam keadaan yang mencabar. Saya harap momentum itu dapat diteruskan di Jerez,” katanya lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI