fbpx

Mangsa cedera gempa bumi Istanbul meningkat 236 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berkumpul di sebuah taman di Istanbul, Turkiye kelmarin. - AFP 

ANKARA – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 yang menggegarkan kota raya Istanbul di Turkiye kelmarin menyebabkan sekurang-kurangnya 236 orang cedera, lapor agensi berita Anadolu.

Pusat gempa dikesan di Laut Marmara dekat daerah Silivri, demikian menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD). 

Gempa berlaku sekitar pukul 12.49 tengah hari (waktu tempatan) dan gegarannya dirasai di seluruh Istanbul dan wilayah-wilayah berdekatan, mendorong orang ramai meninggalkan bangunan dalam ketakutan.

Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya berkata, gempa berlaku pada kedalaman hampir 7  kilometer selama 13 saat. 

Pejabat gabenor berkata, 236 orang mengalami kecederaan selepas terjun dari tempat tinggi akibat panik. 

Mereka dirawat di hospital dengan kecederaan yang tidak mengancam nyawa. 

“Sebanyak 127 gegaran susulan direkodkan setakat pukul 5.55 petang (waktu tempatan), dengan magnitud paling kuat berukuran 5.9 skala,” tambah Yerlikaya. 

Sementara itu, Menteri Alam Sekitar, Perbandaran dan Perubahan Iklim, Murat Kurum mengumumkan sebanyak 378 laporan kerosakan struktur diterima melalui talian kecemasan. 

“Pasukan kami telah mengenal pasti sembilan rumah yang perlu dikosongkan,” katanya. 

Semua agensi berkaitan dan pasukan bertindak telah dikerahkan, manakala penilaian dijalankan untuk menilai kerosakan dan memastikan keselamatan orang awam.

“Saya mengucapkan takziah dan mendoakan keselamatan semua rakyat. Kerajaan sedang memantau situasi secara teliti,” kata Presiden  Recep Tayyip Erdogan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI