fbpx

‘Lulus semua, menang’ – Shiera bangga anak raih 1A dalam SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shiera berbangga dengan anaknya yang berjaya meraih 1A dalam SPM.

PETALING JAYA – Penyampai radio popular, Sharifah Shahirah tetap berbangga dengan pencapaian anaknya, Airra Zulkifli yang meraih satu A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Katanya, keputusan itu disifatkan sebagai kemenangan apabila puterinya lulus semua subjek walaupun cuma mendapat A untuk kertas Bahasa Inggeris.

“Satu A tanda memperoleh kemenangan! Baik semua lulus. B Sejarah, Kimia pula dapat E, kenapalah Airra ambil Kimia tak ambil Lukisan? Dia minat melukis,” katanya dalam hantaran di TikTok Sinar FM.

Semalam Sharifah Shahirah atau Shiera, 51, hadir sendirian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Hulu Klang, bagi mengambil keputusan tersebut.

Katanya, Airra tidak dapat turut serta ke sekolah kerana dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan ke Langkawi, Kedah.

Shiera berkata, Airra sudah pun mengetahui keputusan diperoleh selepas membuat semakan secara dalam talian.

“Saya datang ke sekolah anak saya nak ambil keputusan SPM. Tapi anak saya tiada, dia nak naik kapal terbang pergi Langkawi.

“Jadi, sekarang dia dalam perjalanan ke lapangan terbang sebab sudah beli tiket lebih awal dan dia tidak tahu keputusan SPM keluar hari ini (semalam).

“Dia sudah tengok keputusan dalam talian tapi tidak mengapa saya datang untuk semak sendiri di sekolah,” ujarnya.

Selain Airra, perkahwinan Shiera dengan pelakon Ijoy Azhari pada 2003 turut diserikan tiga lagi cahaya mata iaitu Airel, 21, Audra, 16, serta Adeena, 9.

Terdahulu, pelakon terbabit pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Jatt Ali dan mempunyai seorang anak bernama Tallisya, 27 tahun.

Semalam keputusan SPM 2024 diumumkan dengan seramai 136,791 calon menduduki peperiksaan tersebut dan 36.1 peratus lulus semua mata pelajaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI