fbpx

Lebih 1,000 usahawan sertai Top ECM 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin bersama pemenang utama Malaysia Top E-Commerce Merchant Awards (Top ECM) 2025 di Hotel One World, Petaling Jaya. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

PETALING JAYA – Anugerah Malaysia Top E-Commerce Merchant (Top ECM) 2025 menyaksikan lebih 1,060 penyertaan daripada usahawan dalam pelbagai sektor e-dagang termasuk fesyen, kecantikan, makanan dan minuman, peralatan rumah serta produk bayi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SIDEC, Yong Kai Ping, daripada jumlah itu, seramai 511 usahawan tersenarai untuk menyertai sesi latihan lanjutan melibatkan topik seperti analisis data, strategi siaran langsung dan penggunaan kecerdasan buatan (AI).

“Anugerah ini bukan sekadar memberi penghargaan kepada usahawan digital, tetapi turut berperanan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan e-dagang negara.

“Sejak 2016, Top ECM telah berjaya mendorong pertumbuhan ketara dalam sektor ini dengan merekodkan lebih RM158 juta jualan sepanjang tempoh kempen tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi RM500 juta dalam tempoh sedekad,” katanya.

Hadir sama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han serta Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Saipolyazan M. Yusop.

Majlis edisi ke-10 anjuran Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) turut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 600 usahawan digital, rakan industri serta wakil agensi terlibat di One World Hotel, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Desince Sdn. Bhd. dinobatkan sebagai juara keseluruhan Top ECM 2025, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh NFH Boutique Gallery Sdn. Bhd. dan Armila Berhad.

Selain itu, anugerah turut disampaikan kepada pemenang kategori khas iaitu TikTok Shop, SIDEC Rising Star, SIDEC Women Trailblazer dan Kategori Selangor, sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian luar biasa usahawan muda, wanita dan tempatan.

Memasuki dekad kedua penganjurannya, Top ECM kini dilihat sebagai salah satu platform utama dalam melahirkan lebih ramai usahawan digital yang mampan dan berdaya saing, selaras dengan hasrat menjadikan Selangor sebagai hab digital terkemuka di ASEAN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI