fbpx

Jemaah haji 2025 kumpulan pertama guna autogate Kod QR pelepasan imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jemaah haji Malaysia tahun ini buat pertama kali akan melalui proses pelepasan imigresen dipermudahkan dengan penggunaan autogate Kod QR.

Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataan berkata, kemudahan itu diintegrasikan melalui aplikasi MyborderPass di bawah inisiatif ‘Makkah Route’.

Katanya, dengan sistem ini, jemaah tidak lagi perlu mengeluarkan buku pasport ketika melepasi pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Antara kelebihan menggunakan Kod QR adalah membolehkan para jemaah membuat semakan awal melalui aplikasi MyBorderPass status sekatan perjalanan.

“Proses pelepasan imigresen lebih cepat hanya mengambil masa 5 hingga 7 saat berbanding 15 hingga 25 saat menggunakan kaedah autogate konvensional,” katanya hari ini.

Kemudahan itu sekali gus meningkatkan keselamatan dan kecekapan perkhidmatan melalui penggunaan teknologi terkini serta mengurangkan ketirisan.

KDN memohon semua jemaah haji memuat turun aplikasi MyBorderPass dan membuat pendaftaran bagi melancarkan penggunaan autogate Kod QR.

“KDN yakin pendekatan digital ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi imigresen, malah menyumbang kepada pengalaman perjalanan yang lebih baik buat para jemaah haji Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI