fbpx

Pusat hiburan tawar GRO warga asing diserbu, 32 individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Kota Damansara, semalam.

PETALING JAYA – Seramai 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk wanita warga asing disyaki gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan Ops Gegar di sebuah pusat hiburan di Kota Damansara, di sini semalam.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, seramai 48 individu diperiksa dalam operasi bermula pukul 8 malam itu.

“Daripada jumlah itu, seramai 32 ditahan ditahan terdiri daripada 28 wanita warga Thailand, seorang wanita warga Laos dan tiga lelaki warga Bangladesh berusia antara 21 hingga 42 tahun.

“Ketik pemeriksaan, terdapat cubaan melarikan diri membabitkan pekerja Bangladesh, namun gagal dan tiada provokasi melampau ke atas pasukan operasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairrul Aminus berkata, pihaknya turut mengeluarkan tujuh saman saksi kepada warga tempatan bagi menghadirkan diri ke pejabat untuk diambil keterangan.

Menurutnya, kesemua pekerja asing disyaki dibawa masuk oleh agen menerusi pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963 (salah guna pas).

“Kesemua warga asing dibawa ke Depoh Imigresen Semenyih dan direman 14 hari bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI