SINGAPURA – Satu rakaman video memaparkan seorang lelaki masuk dan menggunakan tandas wanita di Kompleks Golden Mile, Singapura, lapor portal berita Stomp hari ini.
Rakaman video kejadian itu dimuat naik di halaman Singapore Breaking News Network’s di platform Facebook.
Ia menunjukkan dia membersihkan diri menggunakan singki yang terdapat di dalam tandas wanita.
Menurut keterangan di laman tersebut, lelaki berkenaan telah dimaklumkan oleh pengunjung lain bahawa tandas itu untuk kegunaan wanita sahaja.
Namun, dia masih meneruskan dan menggunakan kemudahan itu.
“Panggil pengawal keselamatan,” kata seorang netizen.
Netizen lain bagaimanapun memberi komen bahawa lelaki tersebut mungkin melakukan kesilapan yang tidak disengajakan. – AGENSI