fbpx

Keputusan belum lagi, dah ada ‘playcard’ SPM sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nadrah berkongsi ‘playcard’ SPM memaparkan keputusan 10A+ sebagai motivasi buat dirinya.

PETALING JAYA – Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikenali sebagai Nadhrah menjadi perhatian ramai selepas dia memuat naik gambar ‘playcard’ memaparkan tulisan 10A+ berserta namanya dan universiti pilihan di TikTok kelmarin.

Namun, ‘playcard’ tersebut bukanlah yang disediakan oleh pihak sekolah kerana ia dicetak dua hari sebelum keputusan sebenar SPM diumumkan sebagai satu bentuk angan-angan dan motivasi diri buat calon tersebut.

“Belum result (keputusan) lagi, dah print (cetak) awal-awal.

“Senang kerja cikgu-cikgu, tak payah bazir ink (dakwat), dah print (cetak) dekat rumah dah ini. UM (Universiti Malaya) logo there (atas playcard), is my dream university (universiti impian saya),” jelasnya pada kapsyen hantaran tersebut.

Sementara itu, di ruangan komen ramai mendoakan agar gadis tersebut mendapat keputusan cemerlang seperti diharapkan selain ada yang turut bertanya sekiranya berlaku sebaliknya.

“Bagaimana kalau tak dapat (keputusan 10A+)?,” soal seorang pengguna TikTok.

Kata Nadhrah, dia telah menyediakan ‘back uo plan’ dengan sebarang kemungkinan yang berlaku termasuklah dari segi keputusan SPM, pilihan universiti serta bidang pengajian.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, seramai 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2024 di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara bakal menerima keputusan masing-masing hari ini.

Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh tersebut.

Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI