fbpx
Seorang pemandu Grab yang berkongsi momen ketika bertemu wanita yang turut berasal daripada negeri Kelantan.

[VIDEO] ‘Macam inilah gayanya kalau jumpa orang kampung kita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita Cina berasal daripada negeri Kelantan teruja apabila pemandu kenderaan e-hailing yang dinaikinya juga merupakan anak jati negeri berkenaan.

Video yang berdurasi 30 saat itu dikongsikan sendiri oleh pemandu berkenaan di TikTok @Amirshahrizan29, yang memaparkan rakaman perbualannya dengan wanita tersebut.

“Macam inilah gayanya kalau jumpa orang kampung kita,” tulisnya pada ruangan kapsyen klip itu.

Rata-rata orang ramai meluahkan perasaan kagum dengan keramahan dua orang yang lahir di negeri Pantai Timur berkenaan.

“Kalau negeri maju Melayu kena ikut bahasa yang Cina fasih.. tapi Kelantan betul-betul aku hormat, tak senang dijajah, hidup pun tenang,” kata @Narz.

“Itu lah Kelate, tak kira Melayu, Cina, India, Siam. Kalu jupo gak bereh selalu. Kelate terbaik,” komen @MohdSamri. -KOSMO! ONLINE

@amirshahrizan29 macamnila gaya kalau jumpa orang kampung ..mek cino kelate ❤️❤️ #kelate #kelantan #grab #grabcar ♬ original sound – CAPYXOFFICIAL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI